Bahagian Perundangan & Penguatkuasaan
Objektif Bahagian
- Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959, Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja;
- Memastikan Kesatuan-Kesatuan Sekerja mematuhi perundangan Kesatuan Sekerja bagi mewujudkan Kesatuan-Kesatuan sekerja yang bertangggungjawab dan memberi manfaat kepada ahli-ahli khasnya dan para pekerja amnya;
- Memberi khidmat nasihat mengenai perundangan KesatuanSekerja agar Kesatuan Sekerja boleh berfungsi dengan cekap, adil dan berkesan.
Fungsi-Fungsi Bahagian
- Menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan pengurusan kewangan dan pentadbiran Kesatuan Sekerja;
- Merekodkan Penyata Kewangan Tahunan Kesatuan Sekerja;
- Meluluskan perlantikan Juruaudit Luar yang bertauliah;
- Mendaftarkan permohonan pendaftaran peraturan-peraturan baru atau pindaan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja;
- Mendaftarkan permohonan pertukaran nama Kesatuan Sekerja;
- Mengendalikan pertikaian dalaman Kesatuan yang dirujuk secara bersesama oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian;
- Mengendalikan aduan-aduan berkaitan Kesatuan Sekerja;
- Memastikan pengendalian undi sulit ke atas perwakilan, pemilihan pegawai, permohonan mogok dan tutup pintu/sekat masuk (lock-out), pindaan peraturan, levi dan penyatuan Kesatuan Sekerja mengikut peruntukan undang-undang;
- Menjalankan tindakan pendakwaan.