Bahagian Khidmat Pengurusan
Objektif Bahagian
- Memastikan hal-hal pentadbiran perjawatan, perkhidmatan, kewangan, belanjawan dan pembangunan sumber manusia diurus dengan cekap dan berkesan serta mengikut peraturan-peraturan semasa;
- Memastikan perolehan, penyelenggaraan, keselamatan dan pelupusan aset serta harta modal Jabatan adalah diurus dengan baik dan memenuhi peraturan-peraturan semasa.
Fungsi Bahagian
- Pentadbiran Am dan keselamatan Jabatan;
- Pengurusan fail dan rekod;
- Penyelenggaraan peralatan dan harta modal Jabatan;
- Urusan perkhidmatan dan perjawatan;
- Pengurusan perakaunan dan kewangan termasuk belanjawan, emolumen, perolehan dan tuntutan mengikut peraturan-peraturan kewangan kerajaan;
- Merancang dan melaksanakan latihan dalam kepada pegawai dan kakitangan Jabatan;
- Menguruskan kemudahan dan keperluan ICT.