Utama Uncategorized Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2024 Peringkat Zon...

Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2024 Peringkat Zon Sabah

74
0

Kota Kinabalu, 6 Mei 2024 – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad baru-baru ini telah hadir merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2024 Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) selaku Jabatan yang bertanggungjawab mengawal selia kesatuan sekerja yang berdaftar telah ditugaskan untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif dan pengagihan peruntukan kewangan kepada kesatuan sekerja di Malaysia bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kesatuan sekerja.

Pada tahun ini KESUMA melalui JHEKS juga telah memperuntukan sebanyak RM3.2 juta khusus untuk kesatuan sekerja di Malaysia.

Objektif PHEKS adalah untuk menyokong dan memantapkan pergerakan kesatuan sekerja melalui bantuan kewangan, mewujudkan platform pendidikan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan anggota kesatuan melalui pembelajaran secara berterusan.

Terdapat Enam (6) kluster telah ditawarkan kepada kesatuan sekerja pada tahun ini iaitu:

  1. Latihan dan Program Pendidikan
  2. Kajian Pergerakan Kesatuan Sekerja
  3. Penulisan Ilmiah berkenaan Isu-Isu Perburuhan berkaitan Kesatuan Sekerja
  4. Pembelian Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  5. Pembangunan Modul E-Learning Berbentuk Video Simulasi
  6. Pembelian Insurans Kelompok Kali Pertama Kepada Anggota Berhak.
Artikel sebelum iniILHAM KESUMA – Manfaat untuk Majikan yang menawarkan Latihan Industri berstruktur dan berbayar
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini