Putrajaya, 1 Ogos 2023 – Kunjungan solidariti UNI-MLC bersama YB Tuan V. Sivakumar Menteri Sumber Manusia telah diadakan di Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya baru-baru ini.
Turut hadir bersama di dalam pertemuan ini, Encik Kamal Pardi Ketua Pengarah JHEKS, Encik Khalid Jali Ketua Pengarah JPP Dan Puan Anita Binti Ahmad Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar. UNI-MLC diwakili oleh 21 orang pemimpin termasuk Setiausaha Agung Tuan Haji Effendy dan Bendahari Encik Mathialaghan.
Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, PresidenĀ UNI-MLC turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai aktiviti UNI-MLC.