Pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti dari Gred 45 hingga Gred 56 yang berkhidmat di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berdasarkan Surat Arahan Pengecualian di bawah Seksyen 27 Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) oleh Ketua Setiausaha Negara Bilangan 1 Tahun 2023.
Keanggotaan kesatuan sekerja bagi pegawai-pegawai berkenaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
- Tidak terlibat dalam menggubal dan mempengaruhi dasar Kerajaan
- Tidak terlibat dalam menggubal dan mempengaruhi dasar Universiti
- Tidak menjadi Ketua atau Timbalan Ketua Jabatan termasuk Ketua-Ketua Bahagian di mana-mana Jabatan / Fakulti
- Tidak terlibat dalam atau menjalankan peranan dalam apa-apa kapasiti sulit atau keselamatan.
Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ybhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali pada 8 Mac 2023.