Bengkel Pemantapan Pengurusan Pengurusan Kewangan & Pentadbiran Kesatuan Sekerja Siri 1/2021

KUALA TERENGGANU (15 JUL) - Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan telah mengadakan sebuah Bengkel Pemantapan Pengurusan Kewangan & Pentadbiran Kesatuan Sekerja Siri 1/2021. Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini dijalankan secara dalam talian dan dihadiri oleh hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota kesatuan sekerja.

Pengisian program ini telah disediakan oleh Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan Encik Rosli bin Zakaria, Pegawai Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan Encik Nur Azhan bin Alias dan Penolong Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan, Cik Rumaysa Nadia binti Mohd Suhaimi.

Sambutan yang menggalakkan telah diterima sepanjang bengkel ini ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dengan mencatatkan jumlah tontonan lebih dari 600.

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 2, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  03-8886 5499
  03-8889 2429
  jheks@mohr.gov.my

 

BILANGAN PELAWAT

00778672
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Jumlah Keseluruhan
10
1077
2210
778672

MEDIA SOSIAL

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site.Agree