Mulai 15 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020, semua aktiviti kesatuan sekerja seperti Mesyuarat Agung, Persidangan Perwakilan, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan aktiviti-aktiviti lain boleh dijalankan seperti biasa tanpa had bilangan peserta tertakluk kepada saiz ruang dan penjarakan sosial.
Walau bagaimanapun, setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah sentiasa mematuhi Standard Prosedur Operasi (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.