Fungsi Kesatuan Sekerja
- Mewujudkan saluran perhubungan di antara majikan dan pekerja.
- Menjaga kebajikan dan faedah anggota-anggota.
- Mewakili anggota kesatuan sekerja dalam pertikaian perusahaan.
- Mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota.
- Menyimpan, mengemaskini dan menyelenggara daftar anggota.
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa secara berkala mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja.
- Menguruskan kewangan dan menyelenggara akaun kesatuan sekerja mengikut undang-undang.
- Memastikan kesatuan sekerja bergerak mengikut kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.