Profil JHEKS

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai  Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1946. Jabatan ini adalah untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 yang mula berkuatkuasa pada tahun 1946. Di bawah enakmen tersebut, setiap kesatuan dikehendaki memohon kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja untuk didaftarkan. Berikutan perundingan yang diadakan antara pihak Kerajaan, majikan dan kesatuan sekerja, Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 telah dikuatkuasakan mulai 1 Jun 1959 untuk menggantikan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah ordinan tersebut, semua kesatuan sekerja dikehendaki memohon kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja untuk didaftarkan.

 Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Ordinan tersebut telah diperluaskan ke Sabah pada 25 Mac 1965 dan Sarawak pada 19 Ogos 1965. Ordinan tersebut telah disemak semula oleh Pesuruhjaya Penyemakan Undang-undang dalam tahun 1981 dan dinamakan sebagai Akta Kesatuan Sekerja 1959. Akta tersebut telah dipinda dalam tahun 1989 dan, berbangkit daripada pindaan itu, gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja telah diubah kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab sebenar Ketua Pengarah selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja. Dengan itu, nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah diubah kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Contact Us

Department Of Trade Union Affairs,
Ministry Of Human Resources,
Level 2, Block D4, Parcel D,
Federal Government Administrative Centre,
62530 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  03-8886 5499
  03-8889 2429
  jheks@mohr.gov.my

 

NUMBER OF VISITORS

00352865
Today
Yesterday
This Week
All
1019
1359
11457
352865

SOCIAL MEDIA

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site.Agree