Bahagian Perundangan & Penguatkuasaan

Objektif Bahagian

  1. Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959, Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja;
  2. Memastikan Kesatuan-Kesatuan Sekerja mematuhi perundangan Kesatuan Sekerja bagi mewujudkan Kesatuan-Kesatuan sekerja yang bertangggungjawab dan memberi manfaat kepada ahli-ahli khasnya dan para pekerja amnya;
  3. Memberi khidmat nasihat mengenai perundangan KesatuanSekerja agar Kesatuan Sekerja boleh berfungsi dengan cekap, adil dan berkesan.

 

Fungsi-Fungsi Bahagian

  1. Menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan pengurusan kewangan dan pentadbiran Kesatuan Sekerja;
  2. Merekodkan Penyata Kewangan Tahunan Kesatuan Sekerja;
  3. Meluluskan perlantikan Juruaudit Luar yang bertauliah;
  4. Mendaftarkan permohonan pendaftaran peraturan-peraturan baru atau pindaan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja;
  5. Mendaftarkan permohonan pertukaran nama Kesatuan Sekerja;
  6. Mengendalikan pertikaian dalaman Kesatuan yang dirujuk secara bersesama oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian;
  7. Mengendalikan aduan-aduan berkaitan Kesatuan Sekerja;
  8. Memastikan pengendalian undi sulit ke atas perwakilan, pemilihan pegawai, permohonan mogok dan tutup pintu/sekat masuk (lock-out), pindaan peraturan, levi dan penyatuan Kesatuan Sekerja mengikut peruntukan undang-undang;
  9. Menjalankan tindakan pendakwaan. 

Contact Us

Department Of Trade Union Affairs,
Ministry Of Human Resources,
Level 2, Block D4, Parcel D,
Federal Government Administrative Centre,
62530 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  03-8886 5499
  03-8889 2429
  jheks@mohr.gov.my

 

NUMBER OF VISITORS

00809487
Today
Yesterday
This Week
All
568
1198
4689
809487

SOCIAL MEDIA

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site.Agree