Utama Aktiviti Jabatan Dewan Rakyat luluskan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023

Dewan Rakyat luluskan RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023

274
0

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023– Rang Undang-undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 diluluskan di Dewan Rakyat selepas dibahas 14 ahli parlimen.

Pada sesi penggulungan, Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar menjelaskan pindaan akta 262, bakal mewujudkan kesatuan sekerja yang lebih matang, progresif serta bersaing secara sihat bagi memastikan faedah-faedah pekerja dapat dipertingkat.

“Terdapat peruntukan yang ditambah baik bagi memastikan akta ini dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.

“Contohnya, peruntukan berhubung kuasa siasatan dan pendakwaan ke atas kesatuan sekerja yang melakukan kesalahan”,katanya.

Sivakumar turut berkata pindaan akta berkenaan juga akan dapat meningkatkan keanggotaan kesatuan sekerja dengan anggaran peningkatan keanggotaan lebih kurang 50,000 sehingga 100,000 ahli, manakala bilangan kesatuan sekerja dijangka akan meningkat dari 756 kepada 800, tahun ini.

Bagi merealisasikan sasaran itu, Sivakumar berkata, kementerian merancang serta melaksanakan beberapa inisiatif, selain memperuntukkan dana kepada kesatuan sekerja untuk melaksanakan program.

Dewan juga turut dimaklumkan kesatuan sekerja boleh ditubuhkan sekiranya golongan pekerja digajikan dibawah suatu kontrak perkhidmatan dengan majikan.“Namun demikian, bagi pekerja-pekerja sektor e-hailing yang berada dibawah kontrak untuk perkhidmatan, mereka bukanlah seorang pekerja menurut definisi Akta Kesatuan Sekerja 1959.

“Sehubungan itu, mereka tidak boleh menubuhkan dan menganggotai kesatuan sekerja”, ujar Sivakumar.

Sivakumar memberi jaminan isu berkenaan boleh diselesaikan sekiranya takrif pekerja dipinda dibawah Akta Kerja 1955.

Artikel sebelum iniProgram CSR di Rumah Seri Kenangan Kuching, Sarawak
Artikel seterusnyaKunjungan hormat KP Kesatuan Sekerja ke atas KSU KPM
Jawatankuasa Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini