Kami berazam untuk memberi perkhidmatan yang bermutu, cekap, tegas, mesra, adil dan saksama sebagai usaha untuk memuaskan hati pelanggan kami dalam aspek-aspek berikut:-
- Memutuskan permohonan untuk pendaftaran Kesatuan Sekerja dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Jabatan ini;
- Memutuskan permohonan untuk pendaftaran peraturan-peraturan baru, perubahan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja dalam tempoh tiga (3) bulan daripada permohonan yang lengkap diterima oleh Jabatan;
- Memutuskan isu kelayakan Kesatuan Sekerja untuk mewakili pekerja sesebuah syarikat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh isu tersebut dirujuk kepada Jabatan ini;
- Menentukan keanggotaan Kesatuan Sekerja dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rujukan diterima oleh Jabatan ini;
- Memutuskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh menerima pemberitahuan daripada pihak Kesatuan Sekerja tentang kesahihan undi rahsia yang dijalankan oleh Kesatuan Sekerja yang bercadang untuk melancarkan mogok;
- Memutuskan permohonan untuk kebenaran bergabung dengan badan perunding luar negara dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Jabatan ini;
- Memutuskan permohonan pengecualian di bawah Peraturan 68, Peraturan-Peraturan Kesatuan sekerja 1959 dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima olej Jabatan ini;
- Menyiasat setiap aduan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh aduan diterima oleh Jabatan ini;
- Memberi khidmat nasihat dan memberi maklumbalas ke atas pertanyaan pelanggan dengan pantas, tepat dan mesra.