Khidmat Nasihat Teknikal
Jabatan ini mengadakan ceramah, kursus dan dialog bagi pegawai-pegawai serta ahli kesatuan sekerja dan majikan bagi tujuan-tujuan berikut:
- memberi bimbingan dan nasihat supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan;
- meningkatkan pengetahuan dan persefahaman tentang peranan dan kewajipan mereka dalam usaha memupuk dan mengekalkan keharmonian perhubungan perusahaan;
- meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran mereka tentang undang-undang kesatuan sekerja dan perkara perburuhan berkaitan.