Kota Kinabalu, 17 Julai 2023 – Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penggunaan “Electronic Trade Union Information System” (e-TUIS) baru-baru ini. Bengkel ini diadakan bagi memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kesatuan di seluruh Sabah bagi memudahkan penggunaan system ini di masa hadapan.
Ceramah disampaikan oleh Puan Norakilah Binti Mohd Idris dan juga Puan Nur Azema Binti Hj Mohd Khair dari Ibu Pejabat JHEKS Malaysia.
Terima kasih kepada kesemua peserta yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel ini berlangsung. Terima kasih juga kepada Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah kerana membenarkan penggunaan Bilik Makmal Komputer Akasia 1 bagi bengkel ini.