Banner
Text Size

KAMI BERAZAM UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERMUTU, CEKAP, TEGAS, MESRA, ADIL DAN SAKSAMA SEBAGAI USAHA UNTUK MEMUASKAN HATI PELANGGAN KAMI DALAM ASPEK-ASPEK BERIKUT:-

1. Memutuskan permohonan untuk pendaftaran kesatuan sekerja dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh jabatan ini;

2. Memutuskan permohonan untuk pendaftaran peraturan-peraturan baru, perubahan peraturan-peraturan kesatuan sekerja dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh jabatan ini;

3. Memutuskan isu kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili pekerja sesebuah syarikat dalam  tempoh tiga bulan dari tarikh isu tersebut dirujuk kepada jabatan ini;

4. Menentukan keanggotaan kesatuan sekerja dalam tempoh tiga bulan dari tarikh rujukan diterima oleh jabatan ini;

5. Memutuskan dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh menerima pemberitahuan dari pihak kesatuan sekerja tentang kesahihan undi rahsia yang dijalankan oleh kesatuan sekerja yang bercadang untuk melancarkan mogok;

6. Memutuskan permohonan untuk kebenaran bergabung dengan badan perunding luar negara dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh jabatan ini;

7. Memutuskan permohonan pengecualian di bawah Peraturan 68, Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh jabatan ini;

8. Menyiasat setiap aduan yang berkaitan dengan hal ehwal kesatuan sekerja dalam tempoh satu bulan dari tarikh aduan diterima oleh jabatan ini;

9. Memberi khidmat nasihat dan memberi maklumbalas ke atas pertanyaan pelanggan dengan pantas, tepat dan mesra.