Banner
Text Size

OBJEKTIF BAHAGIAN:

  1. Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959, Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja.

  2. Memastikan kesatuan-kesatuan sekerja mematuhi perundangan kesatuan sekerja bagi mewujudkan kesatuan-kesatuan sekerja yang bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada ahli-ahli khasnya dan para pekerja amnya.

  3. Memberi khidmat nasihat mengenai perundangan kesatuan sekerja agar kesatuan sekerja boleh berfungsi dengan cekap, adil dan berkesan.

FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN:

  1. Menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan pengurusan kewangan dan pentadbiran kesatuan sekerja.

  2. Merekodkan Penyata Kewangan Tahunan Kesatuan Sekerja.

  3. Meluluskan perlantikan Juruaudit Luar yang bertauliah.

  4. Mendaftarkan permohonan pendaftaran peraturan-peraturan baru atau pindaan peraturan-peraturan kesatuan sekerja.

  5. Mendaftarkan permohonan pertukaran nama kesatuan sekerja.

  6. Mengendalikan pertikaian dalaman kesatuan yang dirujuk secara bersesama oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian.

  7. Mengendalikan aduan-aduan berkaitan kesatuan sekerja.

  8. Mengendalikan permohonan pembayaran insurans, kutipan dana/wang dan pelaburan wang kesatuan.

  9. Memastikan pengendalian undi sulit ke atas perwakilan, pemilihan pegawai, permohonan mogok dan tutup pintu/sekat masuk (lock-out), pindaan peraturan, levi dan penyatuan kesatuan sekerja mengikut peruntukan undang-undang.

  10. Menjalankan tindakan pendakwaan.