Banner
Text Size

 OBJEKTIF BAHAGIAN: 

 

  1. Memastikan permohonan pendaftaran kesatuan sekerja, persekutuan kesatuan sekerja dan pergabungan dengan persekutuan kesatuan sekerja mengikut kehendak undang-undang.

  2. Memastikan kes-kes tuntutan pengiktirafan kesatuan sekerja melibatkan penyiasatan isu kelayakan diselesaikan mengikut kehendak undang-undang.

  3. Memastikan urusan berkaitan perancangan dan penyelidikan ke atas perkara-perkara berikut dikendalikan dengan tepat dan berkualiti.  

    • Penetapan dan pemantauan dasar jabatan,

    • Penyediaan dan pelaksanaan Business Plan serta Sasaran Kerja Tahunan, - kajian semula ke atas Piagam Pelanggan.

    • Kajian semula ke atas Akta Kesatuan Sekerja 1959

    • Kajian dan analisis statistik kesatuan sekerja,

    • Kajian ke atas profil kesatuan/pegawai kesatuan sekerja serta

    • Kajian ke atas pergerakan kesatuan sekerja

 

FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN: 

  1. Memproses permohonan-permohonan seperti berikut :- 

    • Pendaftaran kesatuan sekerja/persekutuan kesatuan sekerja 
    • Notis pertukaran pegawai/pekerja kesatuan sekerja
    • Pertukaran pejabat berdaftar kesatuan sekerja
  2. Mengurus dan mengendalikan kes-kes mengenai isu kelayakan.

  3. Memproses permohonan pergabungan dengan persekutuan kesatuan sekerja

  4. Memproses permohonan pergabungan dengan badan perunding luar Malaysia

  5. Memproses notis pembubaran kesatuan sekerja dan permohonan pembatalan sijil perakuan pendaftaran kesatuan sekerja atas permintaan kesatuan sekerja

  6. Memproses pembatalan kesatuan sekerja yang tidak mematuhi Akta Kesatuan Sekerja 1959

  7. Menetapkan dan memantau pelaksanaan dasar Jabatan.

  8. Menjalankan urusan pengumpulan, penyelidikan dan penganalisisan ke atas statistik Jabatan, profil kesatuan sekerja dan pegawainya, serta pergerakan kesatuan sekerja

  9. Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kursus pengurusan kesatuan sekerja

  10. Memproses permohonan cuti tanpa rekod untuk tujuan kursus anjuran kesatuan sekerja