Banner
Text Size

1. Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.

2. Menyelia, mengarah dan mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan kesatuan sekerja di negara ini.

3. Menimbangkan permohonan-permohonan untuk pendaftaran kesatuan sekerja yang ditubuhkan oleh para pekerja dan majikan

4. Memastikan kesatuan sekerja yang berdaftar bergerak mengikut undang-undang kesatuan sekerja, perlembagaan dan peraturan-peraturan kesatuan sekerja itu sendiri.

5. Menasihatkan pegawai-pegawai dan ahli-ahli kesatuan sekerja mengenai aspek-aspek pentadbiran, kewangan dan perundangan kesatuan sekerja.

6. Menasihatkan Y.B. Menteri Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan kesatuan sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya.