Banner
Text Size

10 OGOS 2017 (KHAMIS)

Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), peringkat ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS). Pelancaran telah disempurnakan oleh Ybrs. Encik Mustafa bin Ali, Ketua Pengarah JHEKS diiringi oleh Puan Zaharah binti Zainal Abidin, Timbalan Ketua Pengarah dan Encik Wan Zaifolludean bin Wan Zakaria, Pengarah Kanan Bahagian Pergerakan.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran tersebut Puan Che Azizah Binti Che Rashid, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Sumber Manusia dan beberapa orang pegawai kanan beliau. Tahniah dan syabas kerana JHEKS juga telah terpilih sebagai EKSA DIY Kementerian Sumber manusia bagi tahun 2017.