Banner
Text Size

09 NOVEMBER 2017 (SELASA)

Lawatan akademik pelajar UITM Cawangan Pahang, Kampus Raub ke Jabatan Hal Ehwal Kesatuan sekerja, Malaysia. Seramai 30 orang pelajar jurusan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, diiringi oleh 3 orang Pensyarah telah hadir bagi sesi lawatan ke JHEKS, Putrajaya.

Antara objektif lawatan tersebut adalah untuk memahami peranan dan fungsi JHEKS dalam mengawal selia kesatuan-kesatuan yang terdapat di Malaysia.

Encik Mustafa bin Ali, Ketua Pengarah JHEKS telah berkesempatan untuk bersama-sama meraikan kehadiran rombongan pelajar UITM Raub, Pahang dan memberikan ucapan alu-aluan. 

Sekalung tahniah untuk semua Jawatankuasa Lawatan yang telah bekerjasama bagi memastikan program ini berjalan lancar.