Banner
Text Size

Jabatan ini menjalankan penyiasatan aktiviti syarikat untuk menentukan kelayakan sesebuah kesatuan sekerja mewakili pekerja di sesebuah syarikat. Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja akan membuat keputusan ke atas siasatan aktiviti syarikat samada termasuk atau tidak di dalam skop keanggotaan kesatuan sekerja berkenaan. Isu kekompetenan perlu ditentukan oleh Jabatan ini bagi membantu pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan menyelesaikan proses tuntutan pengiktirafan yang dibuat oleh sesebuah kesatuan sekerja.