Banner
Text Size

Jabatan ini menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas kesatuan sekerja dan cawangan-cawangannya. Tujuan pemeriksaan ini dijalankan adalah untuk memastikan sama ada pergerakan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan sekerja mematuhi undang-undang dan selaras dengan objektif penubuhan kesatuan itu sendiri. Fokus pemeriksaan penguatkuasaan adalah kepada pengurusan kewangan dan pentadbiran kesatuan sekerja.

 

Pengendalian Pertikaian Dalaman Kesatuan Sekerja

Jabatan ini mengendalikan dan memutuskan pertikaian dalaman kesatuan sekerja yang dirujuk dengan persetujuan pihak-pihak yang terlibat di dalam pertikaian.

 

Siasatan Dan Pendakwaan Kesatuan Sekerja

Jabatan ini menjalankan siasatan ke atas aduan kesatuan sekerja termasuk aduan mogok, tutup pintu/sekat masuk (lock-out), undi sulit dan penyalahgunaan wang kesatuan. Jabatan ini juga menjalankan tindakan pendakwaan terhadap mana-mana kesatuan yang didapati telah melanggar Akta Kesatuan Sekerja 1959, Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja.