Banner
Text Size

1. Adakah penubuhan kesatuan sekerja terhad kepada pekerja-pekerja sahaja?

  • Tidak, pihak majikan juga boleh menubuhkan kesatuan  sekerja khusus untuk mereka

 

2. Apakah syarat penting yang membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan?

  • Mereka itu hendaklah terdiri daripada mereka yang bekerja, bertugas dalam suatu penubuhan (establishment, trade, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-apa trade, pekerjaan atau industri yang serupa.

  • Telah bertugas sekurang-kurangnya setahun.

  • Pegawai kesatuan hendaklah berumur 21 tahun dan ke atas.

 

3. Adakah pekerja-pekerja di sektor awam/kerajaan boleh bergabung dengan sektor swasta untuk tubuhkan sebuah kesatuan sekerja ?

  • Tidak boleh.

 

4. Adakah kesemua pekerja-pekerja sektor awam dan berkanun dibolehkan menjadi anggota kesatuan?

  • Tidak.

  • Mereka yang ditegah menjadi anggota kesatuan ialah :

  • Anggota polis Diraja Malaysia, anggota-anggota mana-mana perkhidmatan penjara, anggota-anggota angkatan bersenjata, pegawai-pegawai awam yang bertugas dalam keupayaan sulit atau keselamatan, dan pegawai-pegawai awam yang dilarang di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau

  • Pegawai-pegawai awam yang memegang sesuatu jawatan di dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas melainkan pegawai-pegawai awam, atau kelas kategori atau merupakan pegawai awam di dalam kumpulan tersebut, yang tidak dikecualikan oleh suatu arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

 

5. Siapakah yang layak menjadi pegawai Kesatuan Sekerja ?

  • Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas.

  • Bukan pegawai sesebuah kesatuan sekerja yang pernah dibatalkan oleh KPKS.

  • Bukan pemegang jawatan atau pekerja suatu parti politik.

  • Tidak disabitkan kesalahan-kesalahan tertentu oleh mahkamah.

  • Bukan seorang yang bankrap.