{"id":74,"date":"2023-01-14T23:05:11","date_gmt":"2023-01-14T15:05:11","guid":{"rendered":"http:\/\/10.47.188.180\/v5\/?page_id=74"},"modified":"2025-05-26T14:47:51","modified_gmt":"2025-05-26T06:47:51","slug":"mengenai-jabatan-hal-ehwal-kesatuan-sekerja","status":"publish","type":"page","link":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/mengenai-jabatan-hal-ehwal-kesatuan-sekerja\/","title":{"rendered":"Mengenai JHEKS"},"content":{"rendered":"<h2><strong>Sejarah Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)\u00a0<\/strong><\/h2>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan pada bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940.<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Di bawah enakmen ini, sesebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja. Pendaftaran kesatuan sekerja bermula pada tahun 1947 dan pada penghujung tahun tersebut sebanyak 298 kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan jumlah keanggotaan seramai 195,113.<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 telah digantikan dengan Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 yang berkuatkuasa mulai I Jun 1959. Ordinan ini telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam tahun 1965 setelah Malaysia ditubuhkan. Setelah penyemakan semula dibuat oleh Suruhanjaya Penyemakan Undang-undang dalam tahun 1981, Ordinan ini telah dinamakan semula sebagai Akta Kesatuan Sekeria 1959.<\/span> <span style=\"font-weight: 400;\">Nama Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dalam tahun 1989. Selaras dengan pertukaran nama Jabatan ini, gelaran Ketua Jabatan telah juga ditukar daripada Pendaftar Kesatuan Sekeria kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk mencerminkan peranan dan tanggungjawab sebenar selain daripada mendaftarkan kesatuan sekerja.<\/span><\/p>\r\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\">Piagam Pelanggan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja<\/span><\/h2>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kami berazam untuk memberi perkhidmatan yang bermutu, cekap, tegas, mesra, adil dan saksama sebagai usaha untuk memuaskan hati pelanggan kami dalam aspek-aspek berikut:-<\/span><\/p>\r\n<ul>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Memproses permohonan pendaftaran kesatuan sekerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Memproses permohonan penggabungan dengan persekutuan kesatuan sekerja atau badan perunding antarabangsa dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menjalankan siasatan isu kelayakan kesatuan sekerja untuk mewakili pekerja sesebuah syarikat dalam tempoh 14 hari dari tarikh isu dirujuk.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Memproses permohonan pengecualian daripada semua\u00a0 atau mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Memproses permohonan pendaftaran peraturan-peraturan baharu dan pindaan peraturan-peraturan kesatuan sekerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menjalankan siasatan kes aduan kesatuan sekerja dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">Memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan pelanggan dalam tempoh 24 jam.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\">Fungsi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja<\/span><\/h2>\r\n<ul>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menyelia, mengarah dan mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja di Negara ini.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menimbangkan permohonan-permohonan untuk pendaftaran Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan oleh para pekerja dan majikan.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Memastikan Kesatuan Sekerja yang berdaftar bergerak mengikut undang-undang Kesatuan Sekerja, perlembagaan dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja itu sendiri.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menasihati pegawai-pegawai dan ahli Kesatuan Sekerja mengenai aspek-aspek pentadbiran, kewangan dan perundangan Kesatuan Sekerja.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menasihatkan Y.B. Menteri Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\">Fungsi Kesatuan Sekerja<\/span><\/h2>\r\n<ul>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mewujudkan saluran perhubungan di antara majikan dan pekerja.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menjaga kebajikan dan faedah anggota-anggota.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mewakili anggota kesatuan sekerja dalam pertikaian perusahaan.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menyimpan, mengemaskini dan menyelenggara daftar anggota.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mengadakan mesyuarat jawatankuasa secara berkala mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Menguruskan kewangan dan menyelenggara akaun kesatuan sekerja mengikut undang-undang.<\/span><\/li>\r\n<li style=\"font-weight: 400;\" aria-level=\"1\"><span style=\"font-weight: 400;\">Memastikan kesatuan sekerja bergerak mengikut kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.<\/span><\/li>\r\n<\/ul>\r\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\">Pendaftaran Kesatuan Sekerja<\/span><\/h2>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Aktiviti utama jabatan ini adalah untuk menimbang dan membuat keputusan permohonan pendaftaran kesatuan sekerja. Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati hak dan keistimewaan sebagai sebuah kesatuan yang sah di sisi undang-undang. Pendaftaran kesatuan boleh dibuat menerusi <\/span><a href=\"http:\/\/e-tuis.jheks.gov.my\/\"><b>e-TUIS<\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\r\n<h2><span style=\"font-weight: 400;\">Visi dan Misi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja<\/span><\/h2>\r\n<h3><span style=\"font-weight: 400;\">Visi<\/span><\/h3>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Menjadi agensi yang unggul dalam pengurusan dan pembangunan pergerakan Kesatuan Sekerja.<\/span><\/p>\r\n<h3><span style=\"font-weight: 400;\">Misi<\/span><\/h3>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memastikan Kesatuan Sekerja bergerak secara demokratik dan bertanggungjawab bagi mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni.<\/span><\/p>\r\n<h3><span style=\"font-weight: 400;\">Objektif<\/span><\/h3>\r\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Memastikan Kesatuan Sekerja bergerak dengan sihat bagi mewujudkan warga kerja yang berpuas hati, berdisiplin dan produktif ke arah pencapaian matlamat pembangunan sosio-ekonomi Negara.<\/span><\/p>\r\n<h2 style=\"text-align: center;\"><strong>KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)<\/strong><\/h2>\r\n<h4>Puan Anita Binti Ahmad<\/h4>\r\n<h4><!-- \/wp:post-content -->\r\n\r\n<!-- wp:paragraph --><\/h4>\r\n<p><a href=\"mailto:anita.a@mohr.gov.my\">anita.a<\/a>@mohr.gov.my<\/p>\r\n<p style=\"text-align: center;\"><!-- \/wp:paragraph -->\r\n\r\n<!-- wp:paragraph --><\/p>\r\n<p>03-88862326<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejarah Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS)\u00a0 Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja telah ditubuhkan pada bulan Julai 1946 untuk menguatkuasakan Enakmen Kesatuan Sekerja 1940. Di bawah enakmen ini, sesebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan diwajibkan memohon untuk pendaftaran kepada Pendaftar Kesatuan Sekerja. Pendaftaran kesatuan sekerja bermula pada tahun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"_cbd_carousel_blocks":"[]","footnotes":""},"class_list":["post-74","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/74","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=74"}],"version-history":[{"count":28,"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/74\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":973,"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/74\/revisions\/973"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/jheks.mohr.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=74"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}