Rate this item
(0 votes)

 ELECTRONIC TRADE UNION INFORMATION SYSTEM (e-TUIS)

PENGENALAN


Pada masa kini, proses kerja sedia ada adalah secara konvensional di mana kesatuan sekerja menghantar borang permohonan secara manual ke JHEKS dan pegawai pengendali perlu memasukkan maklumat permohonan ke dalam sistem. Proses kerja secara konvensional ini menyukarkan dan melambatkan pengendalian sesuatu permohonan oleh kesatuan sekerja. Pengumpulan data melalui proses kerja secara konvensional ini tidak dapat memberi gambaran yang tepat berhubung pergerakan kesatuan sekerja di dalam negara. Di samping itu, tahap kebolehsandaran (reliability) data dan maklumat yang dijana adalah meragukan.

Memandangkan pengurusan maklumat kesatuan sekerja dijangka akan bertambah kompleks, jabatan amat memerlukan satu mekanisme yang berkolaboratif tinggi bagi memaksimumkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran maklumat kesatuan sekerja. Pemantauan ke atas maklumat dan data kesatuan sekerja akan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dalam pelaksanaan proses kerja yang lebih efisyen.

Sistem e-TUIS ini memudahkan kumpulan sasar mengakses sistem mengikut jenis perkhidmatan yang dikehendaki. Sistem ini juga dapat membekalkan data dan maklumat yang tepat kepada kumpulan sasar selain berupaya mengurangkan rungutan terhadap perkhidmatan jabatan.

Perkhidmatan jabatan akan terjejas dan tidak dapat memenuhi kehendak kumpulan sasar yang semakin pelbagai dan kompleks apabila transaksi secara konvensional terus dilaksanakan. Oleh yang demikian, sistem e-TUIS perlu dibangunkan untuk mengatasi kelemahan tersebut. e-TUIS merupakan satu platform dan aplikasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan. Pembangunan e-TUIS dapat mengintegrasi data dan maklumat kesatuan sekerja secara komprehensif.


URL SISTEM e-TUIS
https://e-tuis.jheks.gov.my

SENARAI MODUL:

1. Daftar Kesatuan Sekerja
2. Pendaftaran Persekutuan Kesatuan Sekerja (Borang BB)
3. Pendaftaran Gabungan Dengan Persekutuan Kesatuan Sekerja Berdaftar (Borang P, Q dan R)
4. Pendaftaran Penggabungan Dengan Badan Perunding atau Badan Perunding Antarabangsa (Borang W)
5. Pendaftaran Perubahan Pegawai / Pekerja Kesatuan Sekerja (Borang L dan U, L / L1)
6. Permohonan Pembubaran/Pembatalan Kesatuan Sekerja (Borang I & E)
7. Pengecualian Seksyen 30(b) dan Peraturan 68, AKS 1959
8. Pembatalan Perakuan Pendaftaran Kesatuan Sekerja (Borang F)
9. Permohonan Perubahan Alamat Kesatuan Sekerja (Borang J)
10. Siasatan Isu Kelayakan Tuntutan Pengiktirafan
11. Permohonan Perakuan Cuti Tanpa Rekod Kesatuan Sekerja
12. Permohonan Kutipan Dana dan Wang Kesatuan Sekerja
13. Permohonan Pembayaran Premium Insuran Kesatuan Sekerja
14. Permohonan Pengenaan Levi
15. Penyata Kewangan Kesatuan dan Penyata Tahunan Kesatuan ( Borang
16. Pengendalian Aduan
17. Permohonan Perubahan Nama Kesatuan Sekerja (Borang G)
18. Permohonan Pindaan Peraturan/ Perlembagaan Kesatuan Sekerja (Borang K)
19. Pemeriksaan Berkanun/ Penguatkuasaan
20. Pendakwaan
21. Penyediaan Laporan Semakan Kehakiman/ Affidavit Jawapan
22. Pengagihan Proses Kerja, Penjanaan Laporan dan Monitoring Dashboard
23. Aplikasi Mobil

 

SASARAN PENGGUNA

PANDUAN PENGGUNA MODUL-MODUL

- Boleh didapati melalui Sistem e-TUIS pada menu Panduan Pengguna

Read 236 times Last modified on Jumaat, 27 September 2019 12:14

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 2, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  03-8886 5499
  03-8889 2429
  jheks@mohr.gov.my

 

BILANGAN PELAWAT

00030607
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Jumlah Keseluruhan
199
765
964
30607

MEDIA SOSIAL

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site.Agree