Utama Aktiviti Utama

Aktiviti Utama

Pendaftaran Kesatuan Sekerja

Aktiviti utama jabatan ini adalah untuk menimbang dan membuat keputusan permohonan pendaftaran kesatuan sekerja. Sesebuah kesatuan sekerja perlu didaftarkan bagi membolehkannya menikmati hak dan keistimewaan sebagai sebuah kesatuan yang sah di sisi undang-undang. Pendaftaran kesatuan boleh dibuat menerusi e-TUIS.

Pemeriksaan Penguatkuasaan

Jabatan ini mengendalikan dan memutuskan pertikaian dalaman kesatuan sekerja yang dirujuk dengan persetujuan pihak-pihak yang terlibat di dalam pertikaian.

Siasatan Dan Pendakwaan Kesatuan Sekerja

Jabatan ini menjalankan siasatan ke atas aduan kesatuan sekerja termasuk aduan mogok, tutup pintu/sekat masuk (lock-out), undi sulit dan penyalahgunaan wang kesatuan. Jabatan ini juga menjalankan tindakan pendakwaan terhadap mana-mana kesatuan yang didapati telah melanggar Akta Kesatuan Sekerja 1959, Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja.

Pemprosesan dan Pendaftaran Permohonan, Notis-notis Berkanun

Jabatan ini juga memproses dan mendaftarkan borang-borang berkanun seperti berikut:

  • Permohonan Pendaftaran Kesatuan Sekerja (Borang B)
  • Permohonan bagi pendaftaran peraturan baru/atau perubahan peraturan (Borang K)
  • Notis perubahan nama Kesatuan Sekerja (Borang G)
  • Notis perubahan pejabat berdaftar Kesatuan Sekerja (Borang J)
  • Notis perubahan pegawai dan pekerja kesatuan Sekerja (Borang L&U, Borang L dan Borang L(1))
  • Notis untuk bergabung dengan persekutuan Kesatuan Sekerja (Borang P, Borang Q dan Borang R)
  • Permohonan untuk bergabung dengan badan perunding di luar Malaysia (Borang W)
  • Notis pembubaran Kesatuan Sekerja dan permohonan pembatalan sijil perakuan pendaftaran Kesatuan Sekerja atas permintaan Kesatuan Sekerja (Borang I & Borang E)
  • Pembatalan Kesatuan Sekerja yang tidak mematuhi Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Borang F)
  • Merekod Penyata Kewangan Tahunan (Borang N)
  • Merekodkan keputusan undi sulit (Borang U)
  • Mengeluarkan saman saksi (Borang V)

Khidmat Nasihat Teknikal

Jabatan ini mengadakan ceramah, kursus dan dialog bagi pegawai-pegawai serta ahli kesatuan sekerja dan majikan bagi tujuan-tujuan berikut:

  • memberi bimbingan dan nasihat supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan;
  • meningkatkan pengetahuan dan persefahaman tentang peranan dan kewajipan mereka dalam usaha memupuk dan mengekalkan keharmonian perhubungan perusahaan;
  • meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran mereka tentang undang-undang kesatuan sekerja dan perkara perburuhan berkaitan.

Fungsi Kesatuan Sekerja

    • Mewujudkan saluran perhubungan di antara majikan dan pekerja.
    • Menjaga kebajikan dan faedah anggota-anggota.
    • Mewakili anggota kesatuan sekerja dalam pertikaian perusahaan.
    • Mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota.
    • Menyimpan, mengemaskini dan menyelenggara daftar anggota.
    • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa secara berkala mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja.
    • Menguruskan kewangan dan menyelenggara akaun kesatuan sekerja mengikut undang-undang.
    • Memastikan kesatuan sekerja bergerak mengikut kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.