Seminar Labour Enrichment and Professionalism (LEAP) di Alor Setar, Kedah

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia dengan usahasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah menganjurkan Seminar Labour Enrichment and Professionalism, Alor Setar Kedah (LEAP KEDAH) 2019 pada 1 Disember 2019. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Turut hadir Ybrs. Dato' Amir, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia beserta barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian Sumber Manusia

Seramai lebih kurang 180 orang yang terdiri daripada ahli Kesatuan Sekerja dan pekerja daripada majikan sekitar Alor Setar yang telah mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah hadir sebagai peserta.

Ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Labour Enrichment and Professionalism (LEAPS) sebentar tadi, YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia berharap seminar ini mampu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan persediaan pekerja dalam menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi terutamanya ketika Revolusi Perindustrian 4.0 masa kini. Seminar ini merupakan seminar ketiga diadakan selepas Putrajaya dan Ipoh.

Menyahut cabaran era globalisasi hari ini, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) telah membangunkan sistem Electronic Trade Union Information System (e-TUIS) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada kesatuan sekerja sekaligus menggalakkan penggunaan teknologi maklumat oleh kesatuan sekerja.

Dato’ Mahfuz dalam ucapannya menyeru agar golongan pekerja Gig Economy untuk berdaftar di bawah Skim Bencana Kerja sebagai perlindungan dan bagi menjaga kebajikan mereka yang bekerja sendiri dan pemandu e-hailing. Semoga skim ini dapat dihebahkan kepada semua lapisan masyarakat agar lebih ramai pekerja Gig Economy mendapat perlindungan sewajarnya.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua barisan urus setia yang telah sama-sama berganding bahu bagi memastikan kelancaran Program Seminar LEAP kali ini.

 

 

Hubungi Kami

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 2, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  03-8886 5499
  03-8889 2429
  jheks@mohr.gov.my

 

BILANGAN PELAWAT

00054366
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Jumlah Keseluruhan
378
971
3719
54366

MEDIA SOSIAL

We use cookies to improve our website. Cookies used for the essential operation of this site have already been set. For more information visit our Cookie policy. I accept cookies from this site.Agree