Fungsi Jabatan

  1. Menguatkuasakan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.
  2. Menyelia, mengarah dan mengawal secara am mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja di Negara ini.
  3. Menimbangkan permohonan-permohonan untuk pendaftaran Kesatuan Sekerja yang ditubuhkan oleh para pekerja dan majikan.
  4. Memastikan Kesatuan Sekerja yang berdaftar bergerak mengikut undang-undang Kesatuan Sekerja, perlembangaan dan peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja itu sendiri.
  5. Menasihati pegawai-pegawai dan ahli Kesatuan Sekerja mengenai aspek-aspek pentadbiran, kewangan dan perundangan Kesatuan Sekerja.
  6. Menasihatkan Y.B. Menteri Sumber Manusia mengenai undang-undang dan polisi yang berkaitan dengan Kesatuan Sekerja khasnya dan perkara perburuhan amnya.