..
 
PERMOHONAN PERUBAHAN PERATURAN DAN PERATURAN BARU KESATUAN SEKERJA
..
Setiap kesatuan sekerja mempunyai peraturan-peraturan mereka sendiri untuk membolehkan mereka bergerak dan berfungsi dengan berkesan selaras dengan objektif kesatuan. Pindaan boleh dibuat kepada peraturan-peraturan kesatuan mengikut keadaan dan keperluan mereka yang mana tidak bercanggah dengan undang-undang.
.
 
Jenis-jenis pindaan:-
  •  Menaik atau mengurangkan kadar yuran;

  •  Mengubah tempoh mengadakan Mesyuarat Agung atau Persidangan Perwakilan;

  •  Mengubah tempoh pelantikan pegawai-pegawai kesatuan sekerja;

  •  Meminda skop keanggotaan kesatuan sekerja; dan

  •  Pindaan-pindaan lain.

 
..
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:-
  • Borang K – 3 salinan;

  • Borang Praecipe berserta dengan setem hasil bernilai RM10.00 – 1 salinan

  • Borang U – 3 salinan; (jika pindaan melibatkan kenaikan yuran atau menambah liabiliti ahli atau mengurangkan faedah-faedah)

  • Senarai pindaan bercetak – 6 salinan

  • Minit Mesyuarat Agung/Persidangan Perwakilan – 2 salinan.