PENDAFTARAN KESATUAN SEKERJA
..
Undang-undang menghendaki sesebuah kesatuan sekerja didaftarkan bagi membolehkan ia menikmati keistimewaan sebagai satu pertubuhan yang sah.
..
Untuk tujuan tersebut, kesatuan sekerja hendaklah membuat permohonan untuk mendaftarkan kesatuan sekerja tersebut dalam tempoh sebulan dari tarikh ianya ditubuhkan.
...
Permohonan tersebut perlu ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 7 orang anggota.
..
Di antara borang dan dokumen-dokumen yang perlu diisi dan dikemukakan ke jabatan ini ialah :
..
  • Borang Permohonan Pendaftaran Kesatuan Sekerja  (Borang B) - 4 salinan
  • Borang Praecipe berserta dengan setem hasil RM30.00 
  • Buku Peraturan-peraturan kesatuan sekerja yang bercetak  - 1 salinan
  • Minit mesyuarat penubuhan kesatuan - 2 salinan