PENYIASATAN ADUAN BERKAITAN KETIDAKPUASAN PENGURUSAN KESATUAN SEKERJA
.
.
Jabatan ini biasanya menerima aduan-aduan daripada anggota kesatuan sekerja berkenaan perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal kesatuan
.
.
Jenis-jenis aduan yang sering diterima diringkaskan kepada isu-isu seperti berikut:-
 
      1. Aduan terhadap pentadbiran ketua sekerja.
      2. Aduan pelanggaran peraturan-peraturan kesatuan sekerja.
      3. Aduan terhadap penyalahgunaan kuasa pegawai kesatuan sekerja.
      4. Aduan penyelewengan wang kesatuan.
      5. Membantah pemilihan pegawai kesatuan sekerja.
      6. Membantah keputusan Mesyuarat Agung atau Persidangan Perwakilan.
      7. Undi rahsia tidak dijalankan mengikut peraturan.
      8. Bayaran faedah-faedah seperti faedah persaraan tidak mengikut peraturan.
      9. Potongan bulanan ahli kesatuan dan resit tidak dikeluarkan.
.
.
Setiap aduan yang diterima dikaji untuk mengenal pasti perihal aduan sebelum siasatan dijalankan. Ini akan memberi gambaran bagaimana satu siasatan perlu dijalankan dan aspek-aspek penting yang perlu diberi tumpuan.