PERUTUSAN KETUA PENGARAH KESATUAN SEKERJA
 
 
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja telah mengambil inisiatif untuk menaik taraf laman web jabatan di mana ianya direkabentuk supaya lebih berinformasi dan menjurus kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
 
Maklumat yang dimuatkan dalam laman web ini adalah merangkumi visi, misi, objektif, fungsi dan aktiviti-aktiviti utama Jabatan; maklumat berkaitan undang-undang kesatuan sekerja; statistik yang relevan dan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan pergerakan kesatuan sekerja.
 
Laman web ini juga mengandungi borang-borang berkanun untuk kegunaan pelanggan yang boleh dimuat turun.
 
Orang awam adalah dialu-alukan untuk menyampaikan maklum balas bagi membolehkan Jabatan ini secara berterusan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kami.
 
Jabatan ini akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan sentiasa peka dengan kehendak-kehendak pelanggan.